fbpx

Longgokan kotak terbakar, dua pekerja Elrah Bangi dikejar ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Longgokan kotak yang terbakar di butik Elrah Eksklusif, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Kajang, semalam.

KAJANG – Kebakaran longgokan kotak di ruangan tangga tingkat tiga bangunan dipercayai punca kebakaran di butik pakaian, Elrah Eksklusif, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 2.29 petang.

Jelas beliau, seramai 12 anggota dan pegawai serta tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian selesai menerima panggilan kecemasan itu.

“Sampai di lokasi, didapati kebakaran melibatkan longgokan kotak di ruangan tangga menentang kebakaran di tingkat tiga premis tersebut.

“Pemadaman api dibuat menggunakan air tangki pam jentera sehingga kebakaran berjaya dipadamkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau terdapat dua orang lelaki dewasa telah mengalami sesak nafas ekoran insiden tersebut.

Pasukan perubatan membuat rawatan awal seterusnya menghantar kedua-dua mangsa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

Terdahulu, tular di media sosial, pengasas Elrah Exclusive, El Azman berkongsi detik cemas salah satu butik pakaiannya terbakar. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI