fbpx

5 ditahan bertumbuk atas Tambak Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di Tambak Johor, di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Lima suspek lelaki ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam satu insiden rusuhan yang berlaku di atas laluan tambak yang menghubungkan Malaysia dan Singapura, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, rakaman berhubung kejadian tersebut tular di media sosial disedari pihaknya pada pukul 8.43 malam, hari sama.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 6.30 petang.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun telah dipukul oleh empat lelaki lain yang juga merupakan warga tempatan berusia antara 19 hingga 31 tahun.

“Dalam insiden itu, dua individu mengalami kecederaan termasuk luka di bahagian mata dan lebam di kepala, manakala suspek lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan lima lelaki terlibat pada pukul 12.35 tengah malam, hari sama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, siasatan awal mendapati insiden itu berpunca akibat salah faham ketika kesemua mereka sedang menunggang motosikal.

“Kita turut merampas dua topi keledar, tiga helai t-shirt dan sehelai jaket warna kelabu hitam.

“Semakan rekod lampau mendapati seorang suspek mempunyai rekod kes jenayah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu, kesemua suspek bebas dari pengaruh dadah dan alkohol, sementara polis masih berusaha mengesan seorang lagi suspek berusia 30-an yang turut terlibat dalam kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI