fbpx

MAIPk terima zakat perniagaan RM9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin berkenan Menyampaikan zakat kepada Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini pada majlis berbuka puasa di Istana Iskandariah, malam ini. Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM9,267,411.61 dari enam buah syarikat korporat di Istana Iskandariah, di sini hari ini.

Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Wan Maizura Wan Zahari berkata, penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Roni Abdulwahab dengan bayaran berjumlah RM947,217.

“Ia disusuli oleh Empayar Indera Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengurus Besarnya, Hasrin Abdul Rahman dengan jumlah RM200,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Seterusnya, beliau berkata, Koperasi Guru-Guru Melayu Kerian dan Selama Berhad yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi, Mohd. Shafie Md. Rejab menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM100,000.

Wan Maizura berkata, ia diikuti oleh Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad diwakili oleh Pengerusinya, Shamsuddin Yusof dengan bayaran berjumlah RM248,130.13.

“Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Lembaga Tabung Haji yang diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman dengan jumlah RM7,472,064.48.

“Ia diikuti PINS Network Solutions Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Adi Reza Abd. Razak sebanyak RM300,000,” katanya.

Pada majlis sama, Sultan Nazrin turut berkenan berbuka puasa bersama-sama wakil media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan belia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI