fbpx

Jerung ‘hantu’ miliki organ pembiakan di kepala ditemui di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENTUK ikan jerung hantu yang ditangkap di Thailand. - Foto Tassapon Krajangdara

BANGKOK – Sekumpulan saintis menemui ikan jerung ‘hantu’ pada kedalaman hampir 804.67 meter di Laut Andaman, Thailand, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pasukan saintis itu bukan sahaja ‘memantau’ spesies jerung itu yang tidak pernah dilihat sebelum ini, mereka juga menangkapnya di sebuah lokasi dekat destinasi peranginan, Phuket.

Hidupan laut itu mempunyai sirip hitam dan berbulu, ekor setajam penyengat selain mata hijau yang besar hampir satu pertiga panjang kepalanya.

Pasukan saintis antarabangsa menangkap jerung itu semasa ekspedisi laut dalam bagi pihak Jabatan Perikanan Thailand dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jerung jantan itu mempunyai organ seks di kepala dan betina pula boleh menyimpan sperma selama bertahun-tahun.

Pada permulaan kajian, pasukan itu tersilap mengenal pasti ia yang sepanjang 27.94 sentimeter itu sebagai spesies jerung hantu yang terkenal, chimaera longspine.

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan lebih lanjut, termasuk ujian genetik, mereka kini membuat kesimpulan bahawa ia sebenarnya adalah spesies baru, Chimaera Supapae.

Ia mendapat nama itu daripada penyelidik ikan dari Thailand, Supap Monkolprasit.

Ekspedisi menangkap jerung hantu itu dilakukan pada 2018 dan kajian mereka itu disiarkan dalam jurnal Raffles Bulletin of Zoology. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI