fbpx

Rayuan akhir ditolak, lelaki bakar tahfiz Ittifaqiyah kekal ditahan dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pusat tahfiz Ittifaqiyah yang terbakar dalam kejadian tujuh tahun lalu.

PUTRAJAYA – Seorang pemuda berusia 22 tahun yang membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah dalam kejadian menyayat hati enam tahun lalu, kekal ditahan dipenjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas menolak rayuan perayu selaku penama pertama.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan.

Dalam kejadian 14 September 2017 itu, seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang marak dijilat api.

Pada prosiding hari ini, pihak pendakwaan tidak memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan seorang lagi pemuda juga berusia 22 tahun (penama kedua) daripada kesalahan serupa.

Pada 11 September 2023, Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa penama pertama bukan sahaja bertanggungjawab memulakan kebakaran, malah mengetahui perbuatannya boleh menyebabkan bencana tubuh kepada 23 mangsa dalam kejadian menyayat hati itu.

Panel itu turut berpendapat, keterangan pihak pendakwaan sebegitu kuat bahawa penama pertama merupakan pihak yang bertanggungjawab memanjat pagar belakang tahfiz untuk memulakan kebakaran.

Pada 17 Ogos 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azman Abdullah mendapati penama pertama bersalah dan mengenakan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong kerana perayu yang ketika itu berusia 16 tahun merupakan pesalah kanak-kanak.

Ini kerana berdasarkan material semasa kejadian Mahkamah Tinggi memgguna pakai Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana seksyen itu menyatakan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut pertuduhan, penama pertama dan kedua yang ketika kejadian berusia 16 tahun, didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di antara pukul 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Bagaimanapun penama kedua pada 28 Januari 2020, melepas dan membebaskan penama kedua tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI