fbpx

Kes bakar tahfiz: Keadaan mangsa menyayat hati, dibakar hidup-hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat.

PUTRAJAYA – Pihak pendakwaan berhujah insiden kebakaran Madrasah Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat pada 2017 merupakan jenayah terancang yang meragut nyawa 23 penghuni.

Dalam kejadian itu, mereka ditemukan rentung sehingga tidak dapat dicam oleh pihak bomba.

Timbalan Pendakwa Raya, How Mei Ling menyatakan 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz itu menjadi mangsa kekejaman yang sangat serius kerana dibakar hidup-hidup, manakala sebahagian mereka lemas akibat terhidu asap.

Hujah beliau, keterangan menunjukkan dua tong gas masing-masing seberat 14 kilogram diletakkan di depan pintu bilik asrama yang merupakan satu-satunya jalan keluar sebelum melepaskan gas ketika penghuni sedang nyenyak tidur.

“Pelakunya memilih untuk meletakkan dua tong gas di tingkat dua, bukan di halaman tingkat bawah kerana menyedari aras itu menempatkan bilik asrama.

“Perbuatan pelaku merupakan satu jenayah terancang yang mengorbankan penghuni pusat tahfiz itu dalam satu malam,” katanya ketika berhujah di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini, .

Beliau turut menggambarkan rentetan penemuan mayat mangsa dalam keadaan rentung dan mengerekot sambil berpelukan kerana telah dibakar hidup-hidup.

Ujar Mei Ling, keadaan mayat mangsa begitu menyayat hati sehingga menggagalkan usaha pengecaman oleh pihak bomba dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terpaksa dilakukan.

“Ketika pihak bomba tiba, tiada lagi bunyi teriakan, yang tinggal hanya suasana sepi yang menyeramkan,” ujar beliau.

Sementara itu, peguam Haijan Omar berhujah, keterangan ikut keadaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, tidak cukup kuat untuk mensabitkan anak guamnya atas kesalahan tersebut.

Hujah peguam bela, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan anak guamnya yang membawa botol mineral berisi petrol ke tingkat dua asrama berkenaan.

Bukan itu sahaja, beliau berkata, ketika berbual di kedai makan berdekatan lokasi kejadian, semua saksi mengesahkan tiada perbualan untuk membakar tahfiz dibuat.

“Mereka hanya berbual untuk main snuker dan tiada niat untuk membakar, kecuali timbul perkataan ‘belilah petrol’ daripada seorang individu yang tidak dapat dikenal pasti.

“Seorang saksi pakar forensik juga menyatakan kebakaran mula berlaku pada pukul 5.25 pagi sedangkan rakaman CCTV menunjukkan anak guam saya beredar dari kawasan itu pukul 4.48 atau 4.49 pagi,” katanya.

Terdahulu pemuda berusia 22 tahun yang didakwa membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah kira-kira tujuh tahun lalu kekal ditahan dipenjara selama yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas menolak rayuan perayu selaku penama pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI