fbpx

Dua lelaki ditahan kes dera di pusat pemulihan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Polis menahan dua lelaki yang juga pekerja sukarelawan sebuah pusat pemulihan dadah bagi membantu siasatan susulan kejadian seorang pelatih pusat pemulihan penagih dadah persendirian di Lenggeng itu yang dikatakan telah dipukul dan dibelasah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, tangkapan telah dibuat polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai, semalam.

“Berikutan tangkapan itu, permohonan reman ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban hari ini dan telah diluluskan selama empat hari mulai hari ini sehingga Ahad,”katanya ketika dihubungi.

Terdahulu katanya, pada pukul 6.58 petang kelmarin, kaunter aduan Balai Polis Broga telah menerima laporan polis daripada seorang wanita menyatakan adik iparnya telah dipukul semasa berada dalam sebuah pusat pemulihan dadah di daerah Nilai.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul sejak mula mendaftar masuk ke pusat pemulihan dadah tersebut kira-kira tiga bulan yang lalu. Mangsa mengalami kecederaan diseluruh anggota badan akibat dipukul oleh pekerja pusat permulihan tersebut, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan untuk menjalani pembedahan,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial mangsa yang berusia 37 tahun dan dipercayai telah didera dan dibelasah dengan teruk di sebuah pusat pemulihan penagih dadah persendirian di Lenggeng di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI