fbpx
MOHD. SAID (kiri) menunjukkan anak sungai di air terjun Titi Hayun, Yan yang kering ekoran panas melampau.

Air terjun, sungai Titi Hayun, Seri Perigi kering-kontang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Cuaca panas melampau yang melanda daerah ini sejak hujung tahun lalu menyebabkan sungai di beberapa pusat rekreasi air terjun dan kawasan perkelahan di sini kering-kontang.

Tinjauan di kawasan Titi Hayun dan Seri Perigi, di sini, mendapati, air terjun di situ kering dan hanya terdapat beberapa takungan air keruh.

Penduduk Kampung Setar, Mohd. Said Ariffin, 56, berkata, keadaan itu berlaku sejak awal Januari lalu berikutan kemarau berpanjangan.

“Ia menyebabkan air sungai di kawasan perkelahan Titi Hayun dan Seri Perigi surut dan kemudiannya menjadi kering.

“Tahun ini cuaca sangat panas, ditambah lagi tiada hujan langsung menjadikan kawasan perkelahan di sini kering,” kata­nya di sini semalam.

Seorang pemandu lori, Firdaus Mustaffa, 26, berkata, dia kerap berkunjung ke Titi Hayun untuk mandi-manda.

“Selain bulan Ramadan, memang saya suka mandi di sini, namun sekarang air sungai kering dan yang kelihatan hanya batu,” ujarnya.

Menurut Mohd. Fauzi Mat Yahaya, 55, dia dan rakannya sudah pergi ke beberapa kawasan perkelahan seperti di Seri Perigi, Batu Hampar dan Tupah
sebelum bulan puasa untuk mandi-manda, namun terpaksa pulang selepas mendapati airnya kering akibat kemarau.

“Disebabkan sudah lama tidak dikunjungi, keadaan di kawasan perkelahan seperti di Titi Hayun dan Seri Perigi dilihat terbiar.

“Tiada usaha membaiki semula beberapa kawasan yang musnah dalam kejadian kepala air pada Ogos 2021 lalu dan ditambah dengan cuaca panas menjadikan kawasan perkelahan Titi Hayun dan Seri Perigi yang diwartakan sebagai Taman Eko Pelancongan tidak secantik dahulu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN