fbpx

Rompak, guna kad bank beli rempah kari, lelaki dijel 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Padah merompak seorang wanita warga Jepun selain menggunakan kad banknya untuk membeli empat paket rempah kari, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dikenakan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu terhadap C. Selvam, 35, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 13 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan, Selvam didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, merompak beg milik Kayoko Shimada yang mengandungi kad bank, pasport, telefon bimbit dan wang tunai RM100 di kaki lima, Lorong Pudu 14 di Bukit Bintang di sini pukul 7.10 pagi pada 4 Mac lalu.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh serta mengambil kira lelaki itu telah menggunakan kad bank milik mangsa.

Bagaimanapun, peguam Kalwant Singh yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan ia merupakan kesalahan kali pertama tertuduh selain anak guamnya perlu menanggung keluarga.

“Anak guam saya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu. Dia menggunakan kad bank (mangsa) untuk membeli empat paket rempah kari bagi keperluan keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI