fbpx

Peranan ilmuan, pertubuhan Islam perkukuh Malaysia Madani – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar meraikan tetamu Majlis Berbuka Puasa Madani di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.

PETALING JAYA – Peranan ilmuwan dan pertubuhan Islam penting dalam mengukuhkan pembinaan Malaysia yang madani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sinergi ulama dan anggota pertubuhan Islam perlu dalam pencitraan Islam yang lebih dinamik.

“Inklusif dengan segala ciri khasnya yang unik.

“Mendoakan agar semua para agamawan, aktivis dakwah dan petugas agensi Islam terus istiqamah menjalankan peranan masing-masing serta sentiasa berada dalam barakah dan perlindungan Allah S.W.T,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail malam tadi meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam di Majlis Berbuka Puasa Madani.

Menurut beliau, majlis itu turut meraikan 18 anak yatim serta asnaf dari Pusat Pendidikan dan Penjagaan Anak Yatim Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri Kuala Lumpur.

Katanya, beliau sempat meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah.

“Saya bersama jemaah lain kemudian dapat mendengar tazkirah Ramadan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Datuk Dr Nooh Gadut dan doa selamat oleh Sheikh Afeefuddin Al-Jailani,” kata Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI