fbpx

Mengaku beri suapan, peniaga didenda RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandra Segar dikenakan hukuman denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas kesalahan memberi rasuah kepada pegawai TNB tiga tahun lalu. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH / KOSMO!MUSTHAFA

IPOH – Seorang peniaga didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberi sogokan kepada pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB), tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ibrahim Osman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, R. K. Sandra Segar, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah RM8,000 dilucut hak kepada kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 40(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memberi suapan tunai RM3,000 kepada Shamsul Ariffin Rahaman, 38, melalui Mohd. Ashraf Mohd. Yunus, 40.

Suapan itu sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 37(3)(a) Akta Bekalan Elektrik 1990 kerana tertuduh mengambil elektrik bagi premisnya di Taiping.

Kesalahan dilakukan di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel di Taiping pada pukul 6.10 petang, 1 Mac 2021.

Tertuduh juga didakwa memberi suapan RM3,500 kepada individu sama bagi tujuan serupa di kafe sebuah hotel pada pukul 5.50 petang, 8 April 2021.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda atau kedua-duanya. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohamad Pahmi Ahmad,, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI