fbpx

Daftar Padu dari rumah ke rumah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) menyaksikan pertukaran MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Hijrah Selangor, Datuk Mearia Hamzah dan CEO AKPK, Azaddin Ngah Tasir di Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Pendekatan rumah ke rumah antara strategi mungkin digunakan dalam meningkatkan capaian pendaftaran Pangkalan Data Utama (Padu) di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah tersebut boleh dikoordinasikan bersama dengan Ketua Kampung atau Ahli Majlis dan Pemimpin tempatan.

Katanya, perbincangan akan dilakukan dengan Kementerian Ekonomi bagi meningkatkan atau memperbesarkan capaian pendaftaran Padu itu.

“Kita telah pergiatkan dengan pendaftaran di kalangan penjawat awam dan mungkin lokaliti-lokaliti kita, tidak dinafi sebab kita mempunyai penduduk yang ramai.

“Kalau lihat jumlah bersih tanpa melihat peratusan, jumlah kita masih tinggi. Namun kerana jumlah penduduk kita ramai, jadi faktor (pendaftaran itu perlukan sedikit masalah lagi.

“Isunya adalah bagaimana hendak perbanyakkan lagi. Capaian kita perlu perbesarkan dengan menggalakkan pendaftaran melalui sukarela dan juga bagaimana kita boleh melantik wakil pergi rumah ke rumah atau ketuk setiap pintu yang boleh dikoordinasi dengan ketua kampung atau ahli majlis dan pemimpin tempatan. Itu nanti akan kita lakukan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berhubung Selangor mencatatkan bilangan kawasan tertinggi iaitu 1,282 lokaliti penduduknya tidak mempunyai sebarang pendaftaran Padu mahu pun apa-apa program bantuan kerajaan yang disediakan sebelum ini.

Amirudin memberitahu, kerajaan negeri telah membuka kaunter-kaunter Padu di setiap program termasuk Dewan Undangan Negeri dan Pejabat Tanah dan Daerah.

“Saya akan lihat balik apa nilai-nilai tambah apa yang kita nak dibuat. Ia ditambah pula dengan pelantikan Ketua Kampung yang belum selesai.

“Kalau kita dapat lantik Ketua Kampung sebenarnya semua akan lebih mudah. Ketua Kampung boleh mendaftarkan anak-anak kariah atau dibawah komuniti mereka,” katanya.

Amirudin memaklumkan sedang mengatur pertemuan dengan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum Aidilfitri.

“Malam ini, kalau ada kesempatan saya akan berbincang sedikit dengan Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Pengerusi UMNO Selangor) bagi menyelesaikan masalah pelantikan (ketua kampung ini),” katanya.

Mengulas mengenai MoU tersebut, beliau menjelaskan memberikan peluang kepada usahawan yang terjejas untuk dibantu oleh kakitangan AKPK yang berpengalaman untuk menyelaras semula bayaran balik pinjaman Hijrah Selangor melalui ‘Debt Management Programme’.

“Bagi pelaksanaan fasa pertama ini, sebanyak 1,000 akaun pembiayaan yang tertunggak dengan nilai anggaran keseluruhan sebanyak RM12 juta akan diserahkan kepada AKPK,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI