fbpx

Tempoh menunggu haji dijangka lebih pendek menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tempoh menunggu menunaikan haji dijangka dapat dipendekkan pada masa akan datang sejajar usaha kerajaan Arab Saudi meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang 2030 berbanding dua juta pada waktu ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, usaha serta keputusan oleh kerajaan Arab Saudi akan membolehkan masa menunggu mengerjakan haji dapat dipendekkan.

“Apa pun usaha untuk memendekkan tempoh menunggu menunaikan haji, ia tidak boleh lari daripada keputusan pihak Kerajaan Arab Saudi meluluskan kuota haji tahunan untuk setiap negara termasuk Malaysia.

“Pada masa yang sama, kerajaan Arab Saudi di bawah perancangan ekonomi Visi 2030 sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah haji kepada lima juta orang menjelang 2030,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) pada sesi soal jawab lisan yang ingin tahu berkenaan mekanisme yang dilaksanakan kerajaan bagi memendekkan tempoh giliran menunggu jemaah haji dan perancangan bagi mempercepatkan giliran jemaah yang berusia atau warga emas.

Kuota rasmi negara pada musim haji 1445H/2024 seperti diumumkan sebelum ini adalah 31,600 orang jemaah.

Tambah beliau, kerajaan sudah membuat permohonan kepada kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah itu berdasarkan perangkaan penduduk terkini negara.

“Kerajaan turut memohon kuota tambahan setiap tahun, namun permohonan kajian semula kuota tahunan dan pemberian kuota tambahan tertakluk kepada keputusan Kerajaan Arab Saudi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI