fbpx

Sindiket edar MDMA dalam pusat hiburan di P. Pinang tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Usuf (dua dari kiri) ketika sidang akhbar tangkapan dan rampasan dadah di IPK Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Polis menahan empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand selepas disyaki mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
di sebuah apartment di Jelutong di sini, Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, dalam operasi terancang kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah jenis MDMA, ketamin dan pil Eramin 5 yang keseluruhannya bernilai RM326,686 di rumah berkenaan.

“Kesemua suspek lelaki yang ditahan ini berusia antara 23 hingga 35 tahun manakala suspek wanita warga Thailand yang merupakan rakan kepada suspek-suspek lelaki ini berusia 26 tahun.

“Sindiket ini dipercayai memperoleh bekalan dadah MDMA dari pihak lain dan kemudian mengedarkan ke pusat-pusat hiburan di negeri ini.

“Harga dadah ini adalah sekitar RM300 hingga RM2,000 dan bergantung kepada bahan yang terkandung di dalam paket dadah MDMA,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut di kediaman yang disewa suspek terbabit, polis merampas 74 paket plastik warna hitam disyaki dadah MDMA seberat 1.62 kilogram; 38 paket plastik warna hijau disyaki dadah MDMA seberat 762 gram; 15 paket plastik warna ungu seberat 600 gram disyaki dadah MDMA.

“Selain itu, polis turut merampas 13 paket plastik warna biru disyaki dadah MDMA seberat 530 gram; 12 paket plastik bertulis Joker disyaki dadah MDMA seberat 530 gram; sembilan paket plastik disyaki dadah MDMA seberat 370 gram.

“Turut dirampas adalah 11 paket plastik disyaki dadah ketamin seberat 12.72 gram dan 10 aluminium foil disyaki dadah pil Eramin 5 seberat 28.37 gram,” katanya.

Beliau memberitahu, dadah jenis MDMA ini paling popular di pusat-pusat hiburan dan boleh menyebabkan pengambilnya tidak tidur selama 48 jam.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati semua tangkapan positif dadah, semakan mendapati empat suspek lelaki mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Kesemua tangkapan ditahan reman selama tujuh hari bermula 17 Mac hingga 23 Mac untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya jumlah keseluruhan rampasan dadah serta sitaan harta adalah bernilai RM333,188. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI