fbpx

Bank alami gangguan, pelanggan boleh keluar wang lebih RM188 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu pejabat CBE di Addis Ababa. – AFP

ADDIS ABABA, ETHIOPIA –  Bank komersial terbesar di Ethiopia bergelut untuk mendapatkan semula sejumlah besar wang dikeluarkan oleh orang ramai yang bukan milik mereka, selepas berlakunya gangguan pada sistemnya, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Awal Sabtu lalu, pelanggan Commercial Bank of Ethiopia (CBE) mendapat maklumat bahawa mereka boleh mengeluarkan wang melebihi baki dalam  akaun mereka.

Lebih AS$40 juta (RM188.7 juta) dikeluarkan atau dipindahkan ke akaun bank lain, lapor media tempatan, sebelum CBE berjaya membekukan semua transaksi setelah beberapa jam.

“Sebahagian besar wang dikeluarkan oleh pelajar,” kata Presiden CBE, Abe Sano.

Berita mengenai masalah itu tersebar di seluruh universiti terutamanya menerusi aplikasi pesanan ringkas dan panggilan telefon.

Barisan panjang mula dilihat di mesin-mesin ATM kampus, dengan seorang pelajar di barat Ethiopia memberitahu BBC bahawa orang ramai berpusu-pusu mengeluarkan wang sehingga pegawai polis tiba di kampus untuk menghalang mereka.

Sementara itu, bank pusat Ethiopia mengeluarkan kenyataan kelmarin yang mengatakan bahawa kesilapan telah berlaku semasa aktiviti penyelenggaraan dan pemeriksaan.

Sekurang-kurangnya tiga universiti mengeluarkan kenyataan menasihati pelajar untuk memulangkan wang bukan milik mereka, yang telah dikeluarkan daripada CBE.

“Sesiapa yang memulangkan wang tidak akan didakwa atas kesalahan jenayah,” kata Abe.

Seorang pelajar dari Universiti Jimma berkata, dia tidak mendengar mengenai sesiapa memulangkan wang itu, namun menambah, dia melihat kenderaan polis berada di kampus. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI