fbpx

Polis siasat kilang didakwa keluarkan stoking kalimah Allah di Batu Pahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FARED (tengah) menyampaikan surat penghargaan kepada Siti Aishah Aziz yang terpilih sebagai Pelajar Terbaik Lima Bidang Sijil Menengah Agama (SMA) di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor di Kluang hari ini.-Foto ADNAN IBRAHIM

KLUANG – Polis telah melakukan siasatan terhadap dakwaan sebuah kilang di Batu Pahat yang mengeluarkan stoking tertera kalimah Allah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pihaknya menyerahkan kepercayaan kepada polis untuk menjalankan tugas mereka seadilnya.

“Saya telah menghubungi Ketua Polis Daerah Batu Pahat dan beliau mengesahkan tindakan awal telah dibuat. Kita percaya bahawa polis akan melaksanakan tugas mereka, dan saya berharap agar semua orang Islam bersabar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMA) di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor di Kluang hari ini.

Terdahulu, pada 14 Mac lalu tular di media sosial memaparkan stoking yang tertera kalimah Allah dijual di sebuah kedai serbaneka.

Susulan itu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr. KK Chai melahirkan rasa kesal atas penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah sebuah cawangannya selain tampil memohon maaf atas kejadian itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI