fbpx

Pokok Sena di Kedah kekal catat suhu panas tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Daerah Pokok Sena di Kedah kekal mencatat suhu panas tertinggi di Semenanjung ketika ini yang boleh mencecah 40 darjah Celsius.

Menerusi laporan cuaca panas yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat pukul 4.30 petang tadi, kawasan Pokok Sena berada dalam amaran gelombang haba.

“Suhu maksimum harian 37 darjah Celsius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya dalam kenyataan di Facebook tadi.

Tambah MetMalaysia, terdapat 19 kawasan di Semenanjung berada pada tahap satu (berjaga-jaga) iaitu seluruh Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar) Kedah serta Perak (Kampar, Kuala Kangsar dan Kinta).

“Turut berada dalam senarai adalah beberapa daerah di Pahang (Raub dan Temerloh), Selangor (Kuala Selangor dan Sepang) Selangor, Kuala Lumpur dan Johor (Muar dan Batu Pahat).

“Tahap berjaga-jaga mencatatkan suhu maksimum harian 35 darjah Celsius hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” jelas MetMalaysia.

Dalam perkembangan lain, MetMalaysia turut mengeluarakn amaran ribut petir di Sarawak ekoran beberapa kawasan negerinya berdepan cuaca buruk sehingga lewat petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuching (Bau dan Kuching), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis) dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI