fbpx

Op Pagar Laut kekang jenayah sepanjang Ramadan, Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamid menggunakan teropong melihat pengawasan sekitar perairan Klang hari ini. FOTO: Saddam Yusoff/KOSMO!

KLANG -Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaktifkan Op Khas Pagar Laut bagi mengekang jenayah termasuk rentas sempadan sepanjang perairan negara sepanjang Ramadan dan Syawal tahun ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd. Amin berkata, operasi khas tersebut melibatkan empat fasa termasuk pengumpulan maklumat dan kesiapsiagaan aset, penguatkuasaan sebelum, semasa dan selepas perayaan bermula 12 Mac lalu hingga 30 April depan.

Katanya, sebanyak 45 pelbagai aset termasuk pesawat dan helikopter dan lebih 800 anggota dan pegawai akan terlibat dalam operasi ini.

“Kita memang kenal pasti kawasan yang menjadi aktiviti jenayah sama ada penyeludupan kontraban dan pendatang asing tanpa izin (PATI). Kita jangka dalam perayaan ini ada kemungkinan besar PATI pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Aset-aset juga diwaspada melibatkan aktiviti lanun atau sebarang pencerobohan di laut sulu dan sulawesi,” katanya pada sidang akhbar pelancaran operasi tersebut di atas Kapal Maritim Bagan Datuk, hari ini.

Beliau memberitahu, berdasarkan peruntukkan telah diberikan kerajaan sebanyak RM485 juta membolehkan APMM setiap negeri mempunyai kapal dan bot seterusnya meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatannya.

Malah, kata Hamid, sebanyak enam buah kapal dan 15 bot diletakkan di Sabah khususnya dalam mendokong keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Semua penjenayah laut tahu APMM ada radar Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) bagi mengesan mereka. Jadi, penjenayah guna modus operandi lain termasuk melakukan penyamaran seperti bot nelayan. Namun, perisikan kita memang cekap selain maklumat diberikan orang awam.

“Jadi, kita memang bersedia untuk memintas mereka di laut dan menguatkuasakan akta yang ada seperti Akta Imigresen, Akta Kastam, Akta Perikanan dan sebagainya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan pihaknya berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 kes tangkapan membabitkan cubaan menyeludup rokok, pencerobohan bot nelayan asing, PATI dan barangan kawalan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM13 juta pada tahun lalu.. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI