fbpx

Murid sekolah maut selepas makan strawberi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan buah strawberi di Beverly Hills, California. - Foto AFP

MADISONVILLE, KENTUCKY – Polis negeri Kentucky, Amerika Syarikat (AS) melakukan siasatan berhubung insiden seorang budak lelaki yang meninggal dunia selepas makan beberapa buah strawberi di sebuah sekolah, lapor laman berita Fox News semalam.

Jabatan Polis Madisonville berkata, anggotanya dipanggil ke sebuah rumah sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) Jumaat lalu, apabila mangsa berusia lapan tahun itu mengalami masalah kesukaran bernafas dan tidak bergerak apabila dikejutkan daripada tidur.

Ibu bapa mangsa memberitahu pihak berkuasa bahawa pada Khamis lalu, dia telah makan beberapa buah tersebut yang dijual di sebuah sekolah pada malam sebelumnya.

Selepas kematian budak lelaki tersebut, Jabatan Kesihatan Daerah Hopkins berkata, laporan bedah siasat awal memutuskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan oleh tindak balas alahan terpencil.

Ia kemudian mengeluarkan amaran kepada masyarakat setempat supaya tidak memakan sebarang buah yang dijual untuk kutipan dana sekolah terlibat.

“Pada masa ini, Jabatan Kesihatan Awam sedang mengambil sampel buah strawberi untuk diuji di sebuah makmal,” kata jabatan kesihatan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI