fbpx

All England: Zii Jia akui daya tahan Lakshya tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA akan berdepan pemain India, Srikanth Kidambi di pusingan kedua Terbuka Switzerland esok.

NASIB nyata tidak menyebelahi perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia pada Kejohanan Badminton All England kali ini apabila dia sekadar menamatkan saingan di pusingan suku akhir.

Pemain No. 10 dunia itu terpaksa menerima hakikat gagal melangkah ke pentas separuh akhir selepas tewas menerusi aksi tiga set 22-20, 16-21, 19-21 kepada pemain India, Lakshya Sen di suku akhir awal pagi semalam.

Zii Jia mengakui lawannya itu menunjukkan ketahanan mental dan fizikal cukup tinggi sepanjang perlawanan tersebut meskipun sudah berdepan aksi cukup sukar sepanjang Terbuka Perancis minggu lalu.

“Rasa kecewa itu memang ada kerana tidak dapat catat kemenangan, tetapi saya sudah cuba yang terbaik dan memberikan segala-galanya hari ini (semalam) bertemu Lakshya. Bagi saya, ini adalah aksi terbaik saya.

“Memang saya tidak layak ke separuh akhir tetapi saya percaya aksi yang ditampilkan sepanjang minggu ini sangat positif. Sebenarnya, saya terkejut kerana dia dapat kekalkan aksi cukup baik selepas Terbuka Perancis,” katanya kepada BWF.

Pada Terbuka Perancis minggu lalu, Lakshya mengharungi aksi cukup memenatkan apabila dia terpaksa beraksi sebanyak tiga set dalam empat perlawanan berturut-turut sebelum tersingkir di separuh akhir.

“Saya fikir ketahanan yang dimiliki membantu dia untuk mencatat kemenangan pada perlawanan hari ini (semalam). Saya terima kekalahan ini kerana dia dapat mengawal set (ketiga) tersebut,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI