fbpx

Projek solar Proton diiktiraf NEA 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek solar atas bumbung di Proton Tanjung Malim.

PETALING JAYA – Inisiatif tenaga solar Proton Tanjung Malim, yang terdiri daripada kemudahan panel solar dwi-muka tempat letak kereta terbesar di Malaysia telah memenangi tempat pertama dalam kategori Tenaga Boleh Baharu di bawah segmen atas grid (Grid Nasional) dalam Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2023, baru-baru ini.

Sejak pelaksanaannya pada bulan Mei 2021 hingga Januari lalu, panel solar dwi-muka yang menjana tenaga daripada cahaya matahari serta pantulan cahaya matahari, bersama-sama dengan panel solar di atas bumbung kilang telah mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 32,406 tan.

Ia lebih tinggi daripada sasaran awalnya sebanyak 11,536 tan setahun, bersamaan dengan penanaman lebih kurang 893,000 pokok, yang seterusnya memberi manfaat besar kepada komuniti dan ekosistem di Tanjung Malim.

Sehingga kini, penggunaan tenaga boleh diperbaharui telah menjana 45.78 gigawatt jam dan mengurangkan kos elektrik kemudahan sebanyak 11 peratus tahun lalu, dengan penjimatan melebihi RM10 juta.

Dibina dan ditauliahkan oleh Kumpulan Pekat bersama syarikat bersekutunya, MFP Solar, kemudahan panel solar di tempat letak kereta berkeluasan 9.4 hektar itu turut menyediakan perlindungan untuk 2,880 unit kereta baharu yang dihasilkan di kilang sebelum diedarkan kepada pengedar di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong berkata, Proton sebagai pembuat kereta nasional telah menerajui dan membuktikan komitmen untuk melindungi alam sekitar, selain menggalakkan pengeluar automotif lain serta keseluruhan rantaian bekalan untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui pada masa hadapan.

“Penganugerahan ini mengukuhkan komitmen kami untuk memacu syarikat ke hadapan dengan lebih banyak projek inisiatif hijau, sejajar dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara neutral karbon menjelang tahun 2050.

“Proton tidak berhenti setakat kejayaan ini, kami akan terus memperkasakan usaha kami dalam memajukan ekosistem pelaburan hijau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI