fbpx

Bekas pekerja larikan lori tangki minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori tangki minyak yang dilarikan bekas pekerja kepada pemandu lori semalam. IHSAN PDRM

SUBANG – Dua lelaki tempatan ditahan gara-gara melarikan sebuah lori tangki minyak milik bekas majikan mereka di kawasan Puchong Prima, Puchong, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pemandu, 37, meletakkan lori Scania berwarna hijau itu dalam keadaan baik dan berkunci pada pukul 3 pagi sebelum mendapati kenderaan itu hilang dicuri 40 minit kemudian.

“Kira-kira 3.40 pagi, pengadu mendapati lorinya telah hilang dicuri dan anggaran kerugian adalah RM130,000.

“Susulan laporan dibuat, pada hari sama, kita berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an dan 20-an di kawasan Puchong Prima, Puchong, di sini, pada pukul 12 tengah hari.

“Hasil soal siasat dan dipandu arah oleh kedua-dua suspek, kita mengesan lori itu di kawasan Klang pada pukul 1.30 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azlan, suspek merupakan bekas pekerja pemandu lori dan menggunakan kunci pendua untuk mencuri.

“Suspek direman selama tiga hari mulai hari ini hingga Ahad di Mahkamah Shah Alam untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Akta 574),” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya) atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Bukhari Mat Noh (013-4885483). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI