fbpx

Logendran, Nathan dikesan bantu kes dadah di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Logendran (kiri) dan Nathan (kanan) dikesan bagi membantu beri keterangan di mahkamah berhubung kes dadah.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengesan dua lelaki tempatan untuk memberi keterangan berkait kes dadah di mahkamah ibu negara.

Pegawai Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Inspektor Mazliyana Abd Latiff berkata, kedua-dua individu tersebut dikesan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

“Individu pertama adalah Logendran A/L Parkunan, 37, dan alamat terakhirnya di Blok A-2-6, Jalan Mewah, Pandan Mewah, Ampang.

“Seterusnya, Nathan A/L P. Ramasamy, 39, dan alamat terakhirnya di No. 61, Jalan Merpati 8, Bandar Puchong Jaya, Puchong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kedua-dua individu itu diperlukan untuk hadir memberi keterangan di Mahkamah Majistret Jenayah 7, Aras 5, Sayap Kiri, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bersabit kes Brickfields yang disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Mohd Izar Hijjaz Mohd Hashim di talian 012-4521947.

“Selain itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur 03-22979222 ext. 9223, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI