fbpx

Harga ayam di pasaran stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Pemantauan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) di peringkat ladang secara bulanan mendapati harga ayam adalah stabil.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bekalan ayam juga didapati stabil.

“Purata harga ayam di ladang yang direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia semenjak November 2023 adalah seperti berikut:

“November 2023 RM5.85 perkilogram, Disember 2023 RM6.39 perkilogram, Januari 2024 RM6.13 perkilogram dan Februari 2024 RM6.03 perkilogram.

“Pada masa ini, kerajaan berpandangan subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C diteruskan dengan menggunakan mekanisme sedia ada.

“Sebarang perubahan dasar akan mengambil kira semua faktor khususnya trend bekalan semasa. Kerajaan juga sentiasa memantau pengeluaran di peringkat ladang bagi memastikan bekalan telur mencukupi,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berhubung harga dan bekalan ayam di pasaran selepas pemansuhan subsidi dan kawalan harga.

Sementara itu, Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) membangkitkan mengenai laporan Kosmo! Online bertajuk “Sudah 3 kali harga ayam naik, setiap kali naik 30 sen’.

Menjawab perkara itu, Mohamad berkata, harga ayam di pasaran adalah stabil dan tidak melebihi paras siling yang pernah ditetapkan sebelum ini.

“Pasa raya Mydin masih jual bawah RM9. Kadangkala RM7.90, kadangkala RM8. Kalau ada tempat tertentu mahal, itu bukan kerana dasar umum.

“Kita akan pantau dan buat laporan. Kenaikan 30 sen?, tetapi kalau dari RM5.30 naik 30 sen belum mengatasi paras siling sebelum ini. Ertinya di pasaran kita pantau,” katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan, harga import makanan ternakan seperti jagung dan soya kini stabil dan akan jadi lebih rendah apabila keadaan ringgit kembali kukuh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI