fbpx

PDRM tidak terima maklumat rakyat Malaysia jadi tentera upahan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang maklumat berhubung dakwaan terdapat rakyat Malaysia menjadi tentera upahan berperang bersama tentera Russia di wilayah Donetsk dekat timur Ukraine.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat perlu menyemak maklumat yang diterima di media sosial termasuk berkenaan perkara tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine yang diterima Wisma Putra.

“Kementerian ini mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati dalam menerima maklumat dan sentiasa menyemak fakta sebenar terhadap maklumat yang disebarkan terutamanya dalam media sosial,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) berhubung dakwaan terdapat rakyat Malaysia berkhidmat sebagai tentera upahan Russia di Donetsk.

Media sebelum ini melaporkan tentera Ukraine mendakwa rakyat Malaysia antara tentera upahan yang berperang bersama tenter Russia di wilayah Donetsk dekat timur Ukraine.

Notis ringkas didakwa oleh Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine itu turut menyebut, Russia terus merekrut tentera upahan dari beberapa negara di seluruh dunia.

Tentera upahan dari Malaysia didakwa ditemani penterjemah termasuk bekas anggota kumpulan Wagner dilihat di wilayah Donetsk yang dikuasai Russia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI