fbpx

Minta nombor telefon, lepas itu cabul 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang lelaki warga Pakistan ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah premis Jalan Kemajuan A, Kampung Pandan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian membabitkan remaja warga tempatan itu berlaku sekitar pukul 2.30 petang.

Jelas beliau, mangsa pada ketika itu berada di dalam pejabat sebuah kedai bagi menunggu pekerja membaiki kipas.

“Suspek telah datang dan meminta nombor telefon bimbit remaja itu. Semasa mangsa sedang menulis telefon bimbit, suspek bertindak memegang bahu pengadu dengan kedua-dua belah tangan.

“Mangsa turut memaklumkan suspek telah menggeselkan kemaluannya pada bahagian belakang badan kirinya sebanyak dua kali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak di atas maklumat, Mohd. Azam berkata, suspek berusia 48 yang bekerja sebagai pembantu kedai berjaya ditahan, semalam.

Tambah beliau, ujian air kencing terhadap suspek mendapati negatif sebarang jenis dadah.

“Permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin hadapan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada amang seksual terhadap kanak-kanak,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI