fbpx

Murid hampir hilang nyawa angkara salah faham isyarat tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan ambulan melakukan rawatan awal kepada mangsa di lokasi kejadian

SHAH ALAM – Gara-gara salah faham isyarat tangan, seorang murid lelaki hampir diragut nyawa ketika sedang melintas jalan pulang rumah di Sungai Kandis, Seksyen 36, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, kanak-kanak berusia 10 tahun itu cedera di bahagian kaki selepas melanggar MPV berkenaan.

Kanak-kanak tersebut bagaimanapun dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila MPV dipandu wanita berusia 40 tahun itu memotong sebuah bas sekolah yang berhenti di hadapannya.

Katanya, secara tiba-tiba seorang murid lelaki telah turun dari bas seterusnya melintas jalan.

“Murid tersebut kemudiannya telah melanggar pintu MPV sebelah kiri yang sedang memotong bas tersebut.

“Akibatnya, cedera di bahagian kaki kanan dan telah dibawa ke HTAR untuk mendapatkan rawatan,” katanya hari ini.

Beliau menjelaskan, siasatan awal mendapati wujud salah faham komunikasi berkaitan isyarat tangan antara pemandu bas dan pemandu MPV berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zulkifli Razak ditalian 019-4475767,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI