fbpx

Juruwang hamil cedera ditumbuk pelanggan di muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman CCTV menunjukkan pelanggan wanita menumbuk muka seorang juruwang dalam kejadian di sebuah pasar raya di Southkey, Johor Bahru Sabtu lalu.

JOHOR BAHRU – Tular video dalam media sosial memaparkan seorang juruwang hamil ditumbuk seorang pelanggan wanita sehingga lebam di muka dalam kejadian di sebuah pasar raya di Southkey di sini dalam kejadian Sabtu lalu.

Berdasarkan maklumat dikongsikan mangsa dalam Facebook miliknya atas nama Zuriani Mahmood, 25, kejadian tersebut berlaku pada pukul 3.17 petang semasa pelanggan wanita terbabit mahu menjelaskan bayaran di kaunter.

Menurut Zuriani, kejadian berlaku semasa membuat pembayaran dan wanita tersebut mahu memulangkan satu barang yang dibelinya namun dia meminta pelanggan terbabit menunggu kerana pembelian itu sudah masuk ke dalam sistem.

Bagaimanapun kata Zuriani, pelanggan wanita tersebut dengan tiba-tiba memarahinya dengan nada tinggi dan selepas pembayaran dibuat telah menumbuk mukanya sehingga mengakibatkan bengkak.

Dakwanya, tumbukan tersebut menyebabkan bahagian bawah mata sebelah kiri bengkak sebelum membuat laporan di Balai Polis Majidee di sini pada hari yang sama.

“Report dah dibuat, tunggu tindakkan dari polis je. Maruah aku tercalar ya sebagai seorang ‘cashier’ bila ‘cust’ (pelanggan) buat macam ini depan ramai orang. Sedangkan itu salah sendiri.

“Kalau setakat gaduh mulut, boleh terima lagi. Tapi kau siapa untuk naik tangan dekat muka aku!!! Aku sertakan gambar dan ‘cctv cust’.

“Aku tak tahu apa salah aku sedangkan aku dah terangkan, tapi kau tetiba melenting,”tulisnya.

Zuriani turut berkata, dia tidak akan memaafkan individu terbabit kerana dia sedang mengandung.

“Aku memang takkan maafkan orang macam ini ya! Aku tengah mengandung, kau sentuh-sentuh aku. Aku takkan tarik report ya, aku sumpah kau.

“Kes ‘viral’ dan ‘share’! Supaya orang lain boleh berhati-hati dengan ‘cust’ spesies macam ni, ‘be alert’! Sesiapa kenal boleh la ‘tag’ dia kat ‘post’ ni,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI