fbpx

Mewah! Nak bilik ‘wardrobe’ macam Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSUN atur bilik pakaian Daiyan Trisha yang kemas dan dipenuhi barangan mewah menjadi impian banyak wanita.

PELAKON Daiyan Trisha baru-baru ini berkongsi suasana bilik ‘wardrobe’ (bilik pakaian) di kediamannya yang dimuat naik dalam Instagram.

Perkongsian pelakon jelita itu sekali gus membuatkan peminatnya berasa cukup teruja, lebih-lebih lagi melihat ‘isi’ dalam bilik tersebut yang dipenuhi dengan pakaian, kasut dan beg tangan berjenama mewah.

Selain itu, suasana bilik ‘wardrobe’ Daiyan yang kemas dan tampak mewah itu, juga membuatkan pengikutnya turut berangan untuk memiliki barangan yang dimilikinya itu.

“Cantiknya! Teringin nak ada bilik ‘wardrobe’ seperti ini,” kata seorang pengikutnya.

“Hanya mampu melihat. Moga diberikan rezeki suatu hari nanti,” ujar seorang lagi pengikutnya.

Itulah hasil yang diperoleh Daiyan atas usaha dan kerja kerasnya dalam bidang seni. Diva pun ikut sama berangan, bila agaknya boleh dapat bilik ‘wardrobe’ seperti itu.

DIVA: Harap Dayang Nurfaizah tidak terasa hati apabila bentuk fizikalnya ditegur terlalu kurus. Bukan mendoakan yang buruk, cuma mahu Dayang kelihatan lebih sihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI