fbpx

KBS salurkan dana khas buat SAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah menghadiri majlis Back to School yang dianjurkan di SK Sg Penchala hari ini.

PETALING JAYA – Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menerima suntikan dana sebanyak RM30,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membantu kebajikan ahli sekiranya diperlukan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, saluran dana itu diserahkan sepenuhnya kepada barisan kepimpinan SAM yang diketuai Presiden, Norismadi Abd Manap.

“Kebiasaannya geran (dana) yang kita turunkan kepada persatuan hanya untuk aktiviti dan program rasmi mereka seperti latihan atau lain-lain.

“Namun, RM30,000 ini khas untuk program kebajikan yang mereka fikirkan sesuai mereka bagikan kepada ahli-ahli persatuan,” katanya kepada pemberita.

Hannah ditemui selepas menyampaikan peralatan sekolah kepada 222 penerima menerusi program Kasih Prihatin Back to School dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala di sini hari ini.

Sementara itu, Norismadi berharap dana yang diberi dapat digunakan sebaiknya terutamanya dengan kehadiran bulan Ramadan yang bermula pada Selasa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI