fbpx

Tibi catat kematian penyakit berjangkit tertinggi di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHIDAH (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Halimah Syed Sheikh selepas merasmikan majlis penutup Tuberculosis Awarenwss Week di Hospital Oriental Melaka, Limbongan, Melaka. Foto AMRAN MULUP

MELAKA – Jumlah kematian akibat penyakit tuberkulosis atau tibi di negeri adalah paling tinggi berbanding pesakit HIV.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Halimah Syed Sheikh berkata, jumlah kematian akibat penyakit berjangkit itu tahun lalu mencecah 50 orang.

Beliau berkata, tibi turut mencatatkan penyakit berjangkit tertinggi di negeri ini antara 500 hingga 700 kes direkodkan setiap tahun dan sewaktu wabak Covid-19 jumlah pesakit berkurangan kepada 400 orang.

Jelasnya, jumlah itu sangat membimbangkan apabila jabatan itu menganggarkan seramai 20 orang bagi setiap 100,000 penduduk di negeri ini dijangkiti penyakit berkenaan.

“Walaupun tibi mempunyai harapan untuk pulih, namun terdapat kes di negeri ini apabila pesakit termasuk golongan profesional enggan mendapatkan rawatan untuk tempoh ditetapkan,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Tuberculosis Awarenwss Week di Hospital Oriental Melaka, Limbongan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Halimah berkata, kematian akibat tibi berpunca daripada sikap orang ramai yang tidak ambil peduli dan mereka hanya mendapat rawatan apabila keadaan menjadi serius.

“Ada pesakit yang sepatutnya menjalani rawatan antara enam bulan hingga setahun tetapi gagal berbuat demikian selepas pulih tidak lagi meneruskan rawatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI