fbpx

Setia, Nabil tak gelap mata tolak tawaran ratusan ribu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Atas nama setia kepada yang satu, pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad sanggup menolak tawaran mencecah ratusan ribu ringgit untuk menjadi duta sebuah jenama pakaian terkenal.

Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 40, menjelaskan, dia tidak gelap mata mahupun termakan pujukan wang ringgit sebaliknya kekal setia bersama menjadi duta kempen raya jenama pakaian Jakel walaupun sudah masuk tahun kesembilan.

“Jenama tersebut memang terkenal dan mereka menawarkan menjadi duta pakaian untuk kempen raya.

“Mereka sanggup membayar dua hingga tiga kali ganda daripada bayaran yang diberikan Jakel.

“Jika fikir duit memang seronok tetapi bagi saya tawaran tersebut kelihatan seperti hendak berlawan dengan jenama Jakel, mereka bukan ikhlas inginkan saya.

“Mereka ingat dengan duit mereka boleh beli saya. Saya bukan untuk dijual beli,” katanya.

Nabil ditemui pada majlis sidang media Raya Sakan bersama Jakel dan pelancaran drama pendek raya di Jakel Mall, di sini hari ini.

Menurut Nabil, dia tidak memandang wang ringgit semata-mata sebaliknya lebih melihat kepada kesetiaan dan jasa jenama Jakel pada dirinya.

“Saya tidak menyesal tolak tawaran tersebut, duit bukan segalanya kerana yang lebih penting ialah kesetiaan.

“Mungkin segelintir orang akan gelap mata dengan jumlah wang yang ditawarkan. Namun, Jakel satu-satunya syarikat yang membantu saya memberikan ‘job’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan dahulu.

“Saya hanya bertanya ada ‘job’ atau tidak? Mereka terus mewujudkan perkerjaan untuk saya iaitu buat video. Walaupun sebenarnya tiada keperluan pun untuk pihak Jakel beri saya kerja. Tiada cara lain untuk saya balas budi Jakel selain terus bersama mereka,” katanya.

Jelas Nabil meskipun selesa dengan jenama Jakel, namun dia memahami sekiranya rakan artis memilih untuk mempromosikan jenama lain.

“Sembilan tahun ini mereka (Jakel) siapkan baju raya keluarga saya.

“Jika ada rakan-rakan mahu promosikan jenama lain terpulang kepada mereka. Mungkin mereka dapat rezeki yang lebih baik.

“Saya selesa dan sebati dengan jenama Jakel, kerja pun mudah dan menyenangkan,” ujarnya.

Dalam acara yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamek Jakel turut melancarkan pelbagai koleksi baharu dan tawaran menarik untuk sambutan Aidilfitri.

Antaranya, Jakel menawarkan harga baju Melayu serendah RM150.

Mereka turut menawarkan pilihan baju kanak-kanak 14 tahun ke atas dengan harga bermula RM49 sepasang.

Selain itu, Jakel turut melancarkan sketsa raya yang dibintangi oleh Mimi Ernida, Lan Zailan, Mustaqim Bahadon, Halim Othman, Anas Ridzuan dan ramai lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI