fbpx

GB Gold Malaysia sasar perolehan jualan RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahfizzam (dua dari kanan) bersama Mohd. Afiq (kiri) pada majlis penerimaan sijil patuh syariah perniagaan emas GB Gold Malaysia di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) optimis terhadap inisia­tifnya yang kini menjadi peneraju dalam bidang perniagaan jualan emas berkonsepkan patuh ­syariah, bakal menaikkan imej syarikat dalam industri mencabar ini sekali gus mengukuhkan keyakinan pe­langgan terhadap transaksi yang tidak akan melibatkan riba.

Lebih membanggakan, konsep pematuhan syariah secara menyeluruh yang diamalkan syarikat itu daripada aspek jual beli yang melibatkan kedai fizikal, jualan secara online, simpanan stok dan juga proses mengaudit bakal memberi manfaat terhadap prestasi kewangan syarikat.

GB Gold Malaysia mengunjurkan perolehan jualannya bertambah kepada RM100 juta akhir tahun ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahfizzam Moideen berkata, transaksi jualan bagi konsep patuh syariah tertumpu kepada emas 999.9 dan syarikat memfokuskan kepada segmen kepingan dinar dan jongkong emas

Menurut beliau, sejak syarikat mula beroperasi pada April tahun lalu, misi utamanya adalah untuk menjadikan segala pengoperasian perniagaan mengikut hukum syarak dan usaha ke araha pematuhan telah mengambil masa selama tiga bulan.

Jelasnya, melalui bimbingan dan nasihat daripada Pengerusi Eksekutif dan Penasihat Syariah Elzar Shariah Solutions & Advisory (lantikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) Dr. Zaharuddin Abd. Rahman, proses tersebut berjalan lancar dan kini GB Gold Malaysia memiliki sijil bagi menempatkan syarikat dengan imej yang terbaik dalam industri perniagaan emas.

“Ia bukan sekadar sijil yang diperoleh tetapi pihak konsultan berhak untuk melakukan audit terhadap transaksi akaun serta pemeriksaan bekalan emas pada bila-bila masa.

“Sebagai contoh, jika ada ­aduan daripada pelanggan yang telah membeli emas tetapi masih tidak menerima barangan yang dibeli maka pihak konsultan boleh membuat audit untuk memeriksa tentang masalah itu.

“Untuk mengaut keuntungan, kita tidak boleh mengambil tempahan daripada pelanggan terlebih dahulu tanpa membeli emas kerana ia bercanggah de­ngan syariat Islam.

“Cara yang betul, jika kita mempunyai lima kilogram emas maka jualan juga mesti di dalam timbangan yang sama,” katanya ketika ditemui di sini di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi GB Gold Malaysia, Mohd. Afiq Ahmad.

Shahfizzam yang berpengalaman lebih daripada lima tahun dalam industri emas menerangkan, melalui konsep patuh syariah, pelanggan akan berasa lebih selamat dan tenang kerana membeli emas tulen meskipun melalui platform media sosial popularnya di kedai TikTok. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI