fbpx

Russia, China mahu bina loji nuklear di Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran artis memaparkan operasi di stesen angkasa Russia dan China. - Getty Images

MOSCOW – Russia dan China mengumumkan rancangan untuk menempatkan reaktor nuklear di Bulan dalam dekad akan datang, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Ketika perlumbaan angkasa semakin sengit, Ketua Agensi Angkasa Lepas Russia (Roscosmos), Yuri Borisov berkata, kedua-dua negara itu berharap untuk menempatkan reaktor tersebut menjelang 2035.

“Kami serius untuk mempertimbangkan satu projek ke Bulan dan membangunkan reaktor jana kuasa di sana bersama-sama rakan kongsi China menjelang 2033 hingga 2035,” katanya seperti dilaporkan agensi berita Tass.

Tambah Borisov, panel solar tidak akan dapat membekalkan tenaga elektrik yang mencukupi untuk menggerakkan penempatan Bulan masa depan, sebalikya perkara itu boleh dicapai menerusi penjanaan kuasa nuklear.

“Ini adalah cabaran yang sangat serius. Ia harus dilakukan dalam mod automatik tanpa kehadiran manusia,” katanya.

Dibina oleh robot, loji jana kuasa itu merupakan sebahagian daripada rancangan China dan Russia untuk membina Stesen Penyelidikan Bulan Antarabangsa. Ia merupakan sebuah pangkalan angkasa luas yang dijangka mula dibina pada 2026.

Pangkalan bulan yang lebih besar daripada taman tema Disneyland itu akan mempunyai radius 5.95 kilometer dengan dilengkapi pusat arahan, stesen jana kuasa, hab komunikasi, kemudahan saintifik dan robot.

Malah, ia akan mempunyai satelit sendiri untuk sistem penderiaan jauh, navigasi dan komunikasi.

Pangkalan itu dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2050 untuk penyelidikan di Bulan dan berpotensi sebagai pusat pelancaran untuk misi kru.

Sementara itu, Borisov turut mendedahkan mengenai rancangan Russia untuk membina kapal angkasa kargo berkuasa nuklear, lapor akhbar South China Morning Post.

Beliau berkata, semua persoalan teknikal berhubung projek itu telah diselesaikan selain daripada mencari penyelesaian mengenai cara menyejukkan reaktor nuklear.

“Kami sememangnya sedang membangunkan kapal angkasa penunda. 

“Struktur siklopean yang besar ini boleh mengangkut kargo besar dari satu orbit ke orbit lain, mengumpul serpihan angkasa dan melakukan banyak prosedur lain. Ia disebabkan oleh reaktor nuklear dan turbin berkuasa tinggi,” jelasnya.

Presiden Russia, Vladimir Putin pada bulan lalu menolak dakwaan AS yang mengatakan bahawa Moscow merancang untuk menempatkan senjata nuklear di angkasa lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI