fbpx

Keterangan 2 individu pertikai kereta mewah Anwar sudah diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard dan Zahid Mat Arip sudah diambil keterangan, hari ini.

Rakaman percakapan yang diambil pada pukul 11 tadi adalah berhubung kenyataan dua individu tersebut yang mempersoalkan isu pemberian kereta oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, keterangan diambil di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan atau Undang-undang (D5), JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh menganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Shuhaily lagi, orang ramai dinasihati agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform tersebut dengan menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

Terdahulu, Che’gu Bard yang juga ahli jawatankuasa penerangan Bersatu dan Zahid yang merupakan bekas Setiausaha Politik, Tun Dr. Mahathir Mohamad, memuat naik hantaran di TikTok mempersoalkan Anwar menaiki kenderaan baharu jenama Mercedes Benz di Parlimen.

Anwar dilihat menaiki kereta Mercedes berwarna hitam dengan nombor pendaftaran VEV 1158 di mana semakan didaftarkan atas nama Sultan Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI