fbpx

Rompak RM3.5 juta: Usahawan wanita, keluarga dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk ambil keterangan ahli keluarga usahawan wanita yang dilaporkan kerugian RM3.5 juta ekoran kejadian pecah masuk di rumahnya di Padang Balang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan ahli perniagaan berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya, pihak polis kini menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti suspek yang terbabit.

“Kes masih baru lagi, kita akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut untuk dapatkan siapa yang terlibat.

“Apa-apa sahaja kemungkinan kita akan siasat sama ada (penglibatan) orang dalam, orang luar. Bagi polis masa jalankan siasatan.

“Keterangan ahli keluarga akan diambil nanti. Kita berikan mereka tempoh bertenang seketika, perkembangan terkini berhubung kejadian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang akhbar Majlis Sumbangan Peralatan Persekolahan Murid darjah 1 Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan peralatan persekolahan murid darjah satu kontinjen Kuala Lumpur.

Hadir sama, Pengarah Pusat Pakaian Hari-Hari, Syed Mohamed Sani Syed Kamarulbahrim.

Semalam media melaporkan, seorang usahawan wanita kerugian RM3.5 juta selepas peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dilarikan dalam kejadian di Padang Balang, Sentul di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, suspek turut melarikan beberapa buah beg tangan pelbagai jenama dalam kejadian antara pukul 10 malam dan 12 tengah malam itu.

Katanya, ketika rumah itu dipecah masuk penghuninya tiada di rumah selain televisyen litar tertutup (CCTV) kediaman itu dirosakkan.

Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI