fbpx

Permohonan pas sempadan tertangguh di Kelantan diproses segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pas sempadan yang perlu dipohon oleh rakyat Kelantan untuk memudahkan urusan ke Wilayah Selatan Thailand. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Kelantan (JIM) tidak menolak sebarang permohonan pas sempadan daripada rakyat negeri ini yang tertangguh pada setiap hari meskipun berlaku peningkatan kemasukan pelancong pada musim cuti persekolahan sejak sebulan lalu.

Pengarahnya, Mohd. Faizal Shamsudin berkata, sebaliknya, sebanyak 420 pemohonan dokumen tersebut yang tidak sempat disiapkan ketika ini akan diproses dengan segera mengikut kapasiti operasi di semua pejabat JIM di negeri ini setiap hari.

Mohd. Faizal.

Menurutnya, permohonan yang tertangguh akan diproses dan dibawa ke hari yang berikutnya untuk memudahkan urusan semua pihak terutamanya rakyat di Kelantan.

“Jadi, kita mempunyai kekangan masa untuk menyiapkan sebanyak kira-kira 700 permohonan setiap hari terutamanya pada musim cuti persekolahan. Justeru, JIM tetap menyiapkan semua permohonan pas sempadan daripada rakyat Kelantan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Faizal memberitahu, sehubungan itu, JIM Kelantan akan sedaya upaya untuk menyiapkan dan memenuhi permintaan daripada pemohon agar urusan mereka ke Wilayah Selatan Thailand dipermudahkan.

Kosmo! hari ini melaporkan, JIM Kelantan meluluskan sebanyak 250 hingga 280 daripada 700 permohonan pas sempadan setiap hari.

Mohd. Faizal berkata, setakat ini, sebanyak 5,000 hingga 6,000 pas sem padan dikeluarkan setiap bulan.

“Berdasarkan statistik, sebanyak 100,000 pas sempadan dikeluarkan di Kelantan setiap tahun.

“Permohonan pas sempadan akan meningkat semasa musim cuti persekolahan berbanding hari-hari biasa, namun pengeluaran pas tersebut tidak pernah putus bekalan buat masa ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI