fbpx

Pengarah diberkas seludup 2.4 juta pil metamfetamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan bersama 2.4 juta pil metamfetamin. – Gambar hiasan

BANGKOK – Kementerian Pendidikan Thailand menjalankan siasatan menyeluruh berhubung penahanan seorang pengarah sekolah di wilayah Surin kerana didakwa terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pada 2 Mac lalu, sektor pendidikan negara itu dikejutkan dengan berita penahanan suspek bersama 2.4 juta pil metamfetamin.

Dia dituduh mengedar dadah, dengan pegawai-pegawai  penguat kuasa undang-undang menahannya kerana berperanan dalam rangkaian narkotik di wilayah timur laut Thailand.

Susulan penangkapan itu, lelaki tersebut dipecat daripada jawatannya untuk  berdepan tindakan undang-undang.

Timbalan Jurucakap Pejabat Suruhanjaya Pendidikan Asas (OBEC), Tee Phawangkanan berkata, sejurus mengetahui insiden itu, Setiausaha Agung OBEC, Thanu Wongchinda mengarahkan agar siasatan menyeluruh dilakuka.

Siasatan kemudian mengesahkan kesahihan kejadian itu, manakala penjawat awam terbabit kini berada dalam tahanan polis. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI