fbpx

Mangsa melecur meninggal dunia selepas bertarung nyawa enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAKARAN kereta dan motosikal yang mengakibatkan dua individu melecur hampir keseluruhan badan di Taman Utama, Bercham di Ipoh, Perak, hari ini. - Foto IHSAN JBPM

IPOH – Selepas enam hari bertarung nyawa, seorang wanita yang parah akibat melecur dalam kebakaran dua kenderaan bersama kekasihnya di Taman Utama, Bercham minggu lalu, meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa berusia 57 tahun yang melecur 70 peratus di bahagian badan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.48 malam.

Katanya, mangsa meninggal dunia ketika dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Wanita itu dan teman lelakinya berusia 64 tahun sebelum ini telah dimasukkan ke HRPB selepas mengalami lecur teruk dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa lelaki yang melecur 90 peratus bagaimanapun telah meninggal dunia sehari selepas kejadian manakala teman wanitanya pula dilaporkan meninggal dunia semalam,” katanya di sini, hari ini.

Media pada 28 Februari lalu melaporkan, sepasang kekasih ditemui melecur teruk dalam kebakaran pada pukul 10.18 pagi melibatkan kereta jenis Perodua Alza dan motosikal jenis Honda C70. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI