fbpx

Flat diperkasa dengan pertanian bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut di Shah Alam, hari ini. Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Pertanian bandar akan diperkasakan termasuk memfokuskan kawasan flat sebagai sumber pendapatan penduduk setempat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan telah memberikan peruntukkan agak tinggi sebanyak RM1 bilion menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan bagi perusahaan kecil termasuk pertanian bandar.

Katanya, ini ditambah lagi dengan peruntukkan diumumkan RM1 bilion dalam Kongres Ekonomi Bumiputera baru-baru ini,

“(Pertanian bandar ini) banyak berlaku di Singapura. Saya hadir ke Keramat baru-baru ini dan melihat bagaimana ‘urban farming’ itu dilakukan oleh mereka yang berpakat dan mendatangkan hasil bahan lebih daripada kegunaan di kawasan mereka dan boleh dijual.

“Itu hendak kita tumpu sebab kita rasa dalam (sesebuah) daerah, rumah flat yang banyak. Kalau terlibat urban farming barangkali sayuran itu dapat mereka disediakan di tempat mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas penyerahan bantuan wang persekolahan Agrobank, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan agensi berkaitan diberikan tempoh sebulan bagi mengemukakan perancangan sesuai bagi program pertanian bandar.

Mohamad memberitahu, jenis pertanian bandar salah satu ‘vertical farming’ dengan pelbagai tanaman termasuk salad, kucai, cili dalam pasu boleh diusahakan dalam pasu sekalipun.

Ujarnya, langkah pertanian bandar perlu dipertingkatkan memandangkan penduduk di Lembah Klang telah mencapai sekitar tujuh juta dengan tanah semakin mengecil.

“Ini adalah tumpuan kita. Malah, peruntukkan RM1 bilion tersebut didapati RM300 juta adalah kepada Agrobank seperti dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank. Bila kepada Agrobank ertinya kepada kementerian ini.

“Insya-Allah sumber itu kami akan bincang bagaimana hendak membangunkan industri makanan lebih baik pada masa akan datang.(Peruntukan) disalurkan dan mesti dihabiskan pada tahun ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI