fbpx

Datuk Red mungkin hilang kedua-dua isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Red berdepan kemungkinan 'hilang' kedua-dua isterinya termasuk penyanyi Adira.

GOMBAK – Bagai jatuh ditimpa tangga, suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red bukan sahaja bakal kehilangan isteri keduanya, bahkan isteri pertamanya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafika Hassim turut menuntut cerai.

Percaya tiada pakatan antara mereka berdua, Adnan menegaskan, keputusan Adira dan Sharifah Norshafika atau Datin Red memfailkan perceraian bukan komplot dirancang, sebaliknya hanya kebetulan.

“Keputusan cerai mereka tidak ada pakatan. Cuma kebetulan, masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri. Jadi saya tetap mahu mencuba mempertahankan.

“Lepas ini, saya nak ke Kuala Selangor pula. Mungkin orang lihat saya luaran masih boleh gelak ketawa tapi dalaman lelaki ini jenis lemah tapi tak nampak.

“Bayangkan tiba-tiba ada dua tapi boleh hilang sekelip mata. Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak, lebih-lebih lagi anak pun sudah ramai,” katanya kepada HibGlam.

Paling penting kata Adnan, dia hanya mahu pertahankan apa yang ada dan sebagai manusia, dirinya hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Adnan berkata demikian ketika ditemui selepas selesai prosiding hasil keputusan laporan Jawatakuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, hari ini.

Bagaimanapun proses tersebut gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.

Penguam mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memaklumkan anak guamnya turut berdepan dengan permohonan perceraian yang difailkan Datin Red di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.

Pada 3 Disember 2015, Adira berkahwin dengan Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan seorang ahli perniagaan di Songkhla, Thailand.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata dan secara keseluruhan, dia mempunyai 11 orang anak bagi semua perkahwinannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI