fbpx

[KEMAS KINI] Pemandu bas, trak pikap cedera terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Ipoh-Lumut dekat Changkat Cermin, Manjung petang tadi.

MANJUNG – Dua individu iaitu pemandu sebuah bas ekspres dan trak pikap cedera selepas terlibat dengan kemalangan di Kilometer 20 Lebuh Raya Ipoh-Lumut dekat Changkat Cermin di sini pukul 5.36 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika sebuah bas milik dari Sitiawan menghala ke Ipoh bertembung dengan Toyota Hilux yang mengubah halian dari kanan ke kiri jalan dan memasuki laluan bas tersebut.

“Akibat terlalu dekat, bas tidak sempat mengelak lalu terlanggar trak pikap di bahagian belakang sebelah kiri dan terbabas ke dalam parit di sebelah kiri jalan.

“Pemandu bas iaitu seorang lelaki Melayu berumur 41 tahun dan pemandu pikap lelaki Melayu berumur 63 tahun mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, penumpang bas seramai 20 orang yang terdiri daripada 11 perempuan berumur 17 hingga 47 tahun dan sembilan lelaki berumur 19 hingga 63 tahun turut mengalami kecedeaan.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Asyraf Henry Philip di talian 016-5572540. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI