fbpx

Harga hotel di Negeri Sembilan dijangka naik 2 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haziz

PORT DICKSON – Harga hotel di negeri ini dijangka meningkat sekitar dua peratus sahaja susulan peningkatan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus bermula 1 Mac lalu.

Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, ia disebabkan penetapan yang telah dibuat oleh pihak Kementerian Kewangan dan beberapa sesi telah dibuat dengan kementerian berkenaan susulan kenaikan SST itu.

Walau bagaimanapun menurut beliau, pihaknya memberikan keyakinan harga hotel di negeri ini masih lagi berpatutan, bahkan, pihaknya komited dalam memastikan khidmat serta kualiti yang diberikan setanding dengan harga yang ditawarkan kepada pengunjung.

“Kita akan teruskan (kenaikan SST ini). Tetamu-tetamu kita akan terima. Bagi pelancong asing pula kita rasa tiada masalah kerana mata wang mereka lebih tinggi dari kita, contohnya pelancong dari Singapura. Kenaikan sedikit harga ini tidak akan jadi isu buat mereka.

“Berdasarkan pengalaman saya selama 45 tahun dalam industri ini, ramai yang akan terima dan industri ini tidak akan terjejas sekiranya kita (hotel) berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian MAH Negeri Sembilan Food Festival 2024, preview Sambutan Promosi Jualan Ramadan Kareem 1445 Hijrah serta Pelancaran Buku Warisan Tradisi Negeri Sembilan versi Bahasa Inggeris, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI