fbpx

Dividen KWSP 5.5 peratus untuk konvensional, shariah 5.4 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zulqarnain Onn pada Pengumuman dividen KWSP di Menara KWSP, Persiaran Kwasa Utama. Foto : Saddam Yusoff

SHAH ALAM – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.5 peratus bagi simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan syariah bagi tahun kewangan 2023, dengan keseluruhan jumlah pembayaran sebanyak RM57.81 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pendapatan pelaburan kasar KWSP tahun lalu adalah berjumlah RM67.39 bilion, berbanding RM55.33 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

“Jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) yang direkodkan pada 2023 adalah berjumlah RM1,136 bilion, 13.3 peratus lebih tinggi berbanding 2022,” katanya pada majlis pembentangan prestasi KWSP bagi tahun 2023 di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI