fbpx

China selamatkan ratusan scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan pesawat di Lapangan Terbang Beijing, China. - Foto AFP

NAYPYIDAW – Beratus-ratus orang yang dipaksa bekerja di pusat-pusat penipuan di Myanmar sebagai scammer, menaiki beberapa penerbangan yang di­sewa Beijing menuju ke China, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin

Siri penerbangan itu menandakan kemenangan terbaharu Beijing dalam memerangi kewujudan pusat-pusat penipuan itu yang memaksa ratusan ribu mangsa pemerdagangan manusia bekerja sebagai scammer

Beribu-ribu mangsa pemerdagangan manusia itu dengan ramai daripada mereka merupakan rakyat China telah diserahkan kepada polis negara komunis itu.

Kumpulan terbaru diselamatkan lebih jauh ke selatan Myanmar dan bekerja di kawasan yang dikawal oleh pemberontak etnik Karen.

Kumpulan pemberontak itu berjuang menentang pemerintah tentera Myanmar yang mengambil alih kuasa dalam rampasan kuasa pada Februari 2021.

Beberapa buah penerbangan dilihat berlepas dari bandar Mae Sot dekat sempadan di Thailand yang membawa kira-kira 150 orang bagi setiap pesawat dan merupakan kumpulan pertama menuju ke China.

Siri penerbangan itu membawa seramai 1,000 orang ke China, menurut agensi berita DW.

Beijing meningkatkan tekanan terhadap junta tentera dan kumpulan-kumpulan pemberontak supaya menutup pusat-pusat scammer di Myanmar .

Wang daripada pusat-pusat itu telah digunakan untuk tujuan jenayah dan perang saudara di Myanmar.

Pada tahun lepas, kemenangan kumpulan pemberontak etnik di sepanjang sempadan Myanmar-China menyaksikan beberapa pusat penipuan itu ditutup. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI