fbpx

Terjun dunia lakonan, Fahmi Zaki takut kena kejutan budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah baharu, Fahmi Zaki kini menceburkan diri dalam dunia lakonan.

SELEPAS hampir sedekad aktif di pentas peragaan, tahun ini Fahmi Zaki memberanikan diri untuk terjun ke dunia lakonan.

Namun, sebagai pelakon baharu, kebimbangan terbesar Fahmi, 28, adalah kontroversi dan kejutan budaya dalam industri hiburan.

“Sebelum ini saya hanya melihat dunia seni dari mata orang biasa. Sekarang saya pula berkerja sebagai pelakon jadi bimbang juga andai terpalit kontroversi seperti artis lain.

“Selain itu, saya risau tentang kejutan budaya, sesuai atau tidak untuk saya bekerja sebagai pelakon. Jujur, saya takut tersalah langkah,” ujar Fahmi.

Sungguhpun begitu, selepas terlibat dalam drama Kembali Mencintai, sangkaannya meleset dan mula seronok bergelar pelakon.

Fahmi bersyukur impian untuk bergelar pelakon akhirnya jadi kenyataan.

“Sebelum memulakan karier memang risau, tetapi apabila sudah berlakon dan faham kerja pelakon, saya mula rasa seronok.

“Paling penting adalah niat kenapa mahu menjadi pelakon. Pada usia 28 tahun saya sudah matang dan sedar bukan mudah untuk mendapatkan wang.

“Jadi, saya berlakon bukan sekadar main-main atau mahu popular, sebaliknya serius mahu berada dalam bidang ini untuk jangka masa panjang,” katanya yang juga seorang jurulatih kecergasan.

Tidak putus asa

Berkongsi tentang minatnya dalam dunia lakonan, kata anak kedua daripada empat beradik itu, sebelum ini dia pernah mencuba nasib untuk menyertai pertandingan Hero Remaja 2019 tetapi rezeki tidak menyebelahinya ketika itu.

Tidak berputus asa, Fahmi terus mencari peluang dan akhirnya pada tahun ini barulah tuah berpihak kepadanya.

10 tahun bergelar seorang model dan kini menceburi dunia lakonan, Fahmi takut andai suatu hari nanti terkena kejutan budaya. Tajaan pakaian: Superdry (kasual) & Zeve (sut)

“Ikutkan saya pernah sertai uji bakat Hero Remaja 2019, tetapi gagal. Walaupun tidak berjaya saya tidak pernah melupakan impian menjadi pelakon.

“Alhamdulillah, tahun ini berhasil dan saya telah mula berlakon. Saya percaya Allah akan beri rezeki pada waktu yang tepat.

“Jika saya terjun ke dunia seni waktu muda mungkin saya akan hanyut atau tidak serius bekerja.

“Sekarang pada usia kian matang, saya hargai setiap rezeki yang datang dan buat bersungguh-sungguh apabila diberi kepercayaan untuk menghidupkan sesuatu watak,” tutur Fahmi yang merupakan pemilik perniagaan Dap Dap Yogurt.

Terbaharu, Fahmi terikat dengan penggambaran drama Dosa Cinta untuk siaran iQIYI terbitan Zeel Production.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI