fbpx

Peningkatan kes rogol bawah umur: Saifuddin bidas Ahli Parlimen Sik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman di Dewan Rakyat baru-baru ini yang mendakwa peningkatan kes membabitkan jenayah rogol bawah umur adalah didorong oleh kelemahan dan kegagalan undang-undang sivil.

Beliau secara tegas menyelar tindakan ahli Parlimen terbabit yang hanya memetik sebahagian daripada taklimat disampaikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.

Jelasnya, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, Kelantan merupakan antara negeri yang merekodkan kes jenayah seksual tertinggi.

“Dalam ucapannya di Parlimen, dia kata peningkatan salah laku ke atas jenayah seksual kanak-kanak ini berpunca daripada kegagalan undang-undang yang ada sekarang sebab tak dilaksanakan enakmen syariah.

“Kanun Jenayah Syariah ini dibuat di Kelantan, tapi Kelantan antara kes paling tinggi di Malaysia. Di Kelantan kes meningkat, di Kedah dan Terengganu meningkat (namun) di Pulau Pinang menurun, ini perbandingan data tahun 2022 dengan 2023,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rakaman ucapan Ahmad Tarmizi di Dewan Rakyat yang tular baru-baru ini di media sosial berkenaan peningkatan kes rogol bawah umur serta mengaitkan dengan kelemahan dan kegagalan undang-undang sivil.

Menerusi rakaman itu, Ahmad Tarmizi turut menyebut supaya undang-undang syariah di negeri-negeri perlu diberikan ruang untuk dilaksanakan dengan sebaiknya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati Ahmad Tarmizi agar tidak memetik sebarang kenyataan secara tidak lengkap atau bersikap menuding jari kepada mana-mana pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI