fbpx

Bekalan air untuk kawasan MADA mampu bertahan hingga Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL (tujuh dari kiri) ketika meninjau demonstrasi penyemburan cecair dolomite menggunakan dron di Panggas dekat Padang Besar, hari ini.

PADANG BESAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) memaklumkan tiga empangan yang menyalurkan bekalan air di kawasan pertanian itu masih mampu sehingga Jun ini.

Pengerusi MADA, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, mengikut laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), keadaan El Nino ini boleh berterusan sehingga bulan Jun ini dan pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh itu.

“Bagi tujuan pengairan kawasan pertanian padi MADA, kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan penggiliran pengairan kawasan-kawasan pertanian padi.

“Apabila telah selesai pengairan di kawasan yang memerlukan, kita akan alihkan pengairan ke kawasan lain yang yang memerlukan bekalan air secara berperingkat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, selain itu, MADA juga akan turut menggerakkan lebih 1,000 unit pam statik dan mudah alih bagi membantu pengairan kawasan sawah yang memerlukan bekalan air.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran produk inovasi cecair dolomite dan meninjau demonstrasi penyemburan bahan itu oleh sebuah syarikat swasta di Bukit Keteri dekat sini hari ini.

Menyentuh mengenai kesan cuaca panas melampau kepada pengeluaran padi di kawasan MADA, Ismail berkata, suhu panas turut memberi kesan kepada proses pendebungaan padi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI