fbpx

Banduan wanita antara dituduh sertai Geng Upik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Angoota polis mengawal sebahagian Geng Upik ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini. - Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini mendakwa dua lagi individu termasuk seorang wanita atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik.

Kedua-dua tertuduh ialah Zulkahar Dusing, 29, dan Norsyafilah Pawawoi, 28, yang didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Zulkahar kini sedang menjalani tahanan reman di Tawau atas kesalahan dadah, manakala Norsyafilah pula kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun sejak 2018 atas kesalahan mengedar dadah.

Norsyafilah dituduh menganggotai Geng Upik antara 2015 hingga 28 Julai 2016, manakala Zulkahar menjadi ahli kumpulan sama antara 2021 hingga 3 Mei 2023.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Lina Hanini Ismail dalam prosiding hari ini memohon tarikh sebutan kes bagi serahan dokumen serta pengurusan pemindahan kes ke mahkamah tinggi untuk kedua-dua tertuduh.

Hakim Noor Hafizah Mohd. Salim menetapkan 22 Mac depan sebagai tarikh sebutan kes selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mat Radzi dan peguam.

Terdahulu, seramai 11 individu termasuk seorang bergelar Datuk di mahkamah sama didakwa di bawah Seksyen 130 V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama atas kesalahan menganggotai kumpulan terbabit pada 22 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI