fbpx

[VIDEO] Uyaina Arshad tolak pelawaan Indonesia demi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGACARA Uyaina Arshad terpaksa menolak tawaran menjadi pengacara untuk sebuah program Ramadan di Indonesia kerana bimbang keselamatan kandungannya yang kini sudah memasuki trimester ketiga.

PETALING JAYA – Demi keselamatan anak dalam kandungan, selebriti Uyaina Arshad terpaksa menolak pelawaan sebagai hos program terbitan produksi di Indonesia iaitu Akademi Sahur yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan kelak.

Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, terpaksa menolak pelawaan tersebut selepas memikirkan keselamatan kandungannya yang kini sudah memasuki trimester ketiga.

Saya dapat tawaran untuk mengacarakan program sahur di Indonesia, Akademi Sahur yang bakal mula kembali selepas empat tahun direhatkan. Saya terima kerja tersebut semasa hamil empat bulan dan masih okey.

“Mereka tidak kisah walaupun saya mengandung, manakala suami saya juga tak pernah menghalang kerana tahu kemampuan saya.

“Namun, saya pula risau kalau ambil risiko kerana waktu itu sudah mencecah lapan bulan. Apa-apa pun boleh berlaku. Jadi, saya terpaksa tolak tawaran tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online pada acara Ariani Lebaran Fashion Show 2024 semalam.

Dalam masa masa, juara Pencarian Nona Manis 2015 itu berat hati untuk melepaskan tawaran berharga tersebut berikutan layanan terbaik diterima sepanjang bersama produksi seberang.

Saya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku. Berat hati juga saya nak lepaskan peluang ini sebab produksi mereka sangat seronok.

“Bayaran pun bagus, tempat tinggal dan pemandu disediakan termasuk penata gaya dan juru solek.

Tetapi apabila fikirkan kembali kandungan, takut berpantang pula di sana. Tidak mahu fikir benda buruk tapi risiko saya sendiri tanggung,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Uyaina gah di bumi Indonesia apabila bakat pengacaraannya diiktiraf dan diberi kepercayaan mengendalikan program Dangdut Academy Asia musim keenam. (DAA6). – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI